Sunday, February 15, 2026

Cleopatra & Cappadocia - Kenangan Terindah (Part 1)

Cleopatra & Cappadocia - Kenangan Terindah

 


Sekali lagi kami mengembara. Kali ini lebih jauh, lebih lama, lebih mencabar. 

Kami ke Turkiye dan Egypt (Mesir), dari 30 September ke 13 Oktober 2025. 

14 hari, 13 malam yang penuh aksi (action-packed) yang mendebarkan. Hahaha.

Kami mengembara secara sendiri atau DIY. Tiket, itinerari, makan minum dan penginapan semuanya kami uruskan sendiri, kecuali ground travel di Egypt kami dibantu oleh pelajar Malaysia di Universiti Al Azhar.

Rombongan kami kali ini terdiri dari 11 orang semuanya. 10 orang adalah ahli keluarga yang bermastautin di KL dan Selangor tetapi berpusat di ancestral home kami di Kg Pandan. Kami menggelarkan diri kami Kg Pandan Backpackers sejak kami mula mengembara berkumpulan pada tahun 2001.

Dalam rombongan ini saya yang paling senior, dipanggil Paklong. Yang lain-lain adalah Maklong (isteri saya), Pakcu (biras saya, isterinya adik Maklong), Makngah (adik Maklong), Makdi (adik Maklong), Wani dan Suhail (anak-anak Makdi),  Acudah (adik Maklong lagi), Yasmin dan Amir (anak-anak Acudah), dan Alya (backpacker jemputan, kawan Yasmin semasa di UPM).

Bolehlah saya rumuskan kumpulan kami merupakan pertembungan di antara dua generasi: generasi tua dan generasi muda. Perbezaan dua generasi amat ketara semasa menggunakan smartphone 5G. Generasi tua akan menggigil dan meracau bila Internet dan Wasap tiba-tiba hilang.  Generasi muda akan  ambil phone tu dan settlekan issue dalam dua saat.  

Itinerari 

Susah betul nak mengeja "itinerari" ya. 

Seperti biasa saya dibuli dengan diberi tugas untuk membuat itinerari dan memburu tiket murah, atas alasan saya yang lebih berpengalaman (kata manis untuk yang paling tua dan unemployed).

Kerja ni berat sebenarnya, sebab ianya memerlukan kerja rumah dan kajian sepenuh masa. Ia boleh menyebabkan kemurungan berkali-kali dan perselisihan dengan Maklong juga bila siang malam saya mengkaji hingga lupa nak beli beras.

Nasib baik ada Pakcu, seorang usahawan yang sangat berpengalaman dan juga pengurus masjid terkenal di USJ.  Kami berdua banyak berbincang dan hal ehwal kewangan diserahkan kepada beliau. 

Kami tempah tiket penerbangan dengan Turkish Airlines pada 6 February untuk penerbagan pada 30 September, iaitu lapan bulan lagi. Tempoh lapan bulan ini agak panjang dan apa saja boleh berlaku. Sakit demam, anak tiba-tiba nak kahwin, suami tarik visa, Covid datang balik, perang dunia ketiga. Tiket kami pula non-refundable. Kalau tak jadi pergi, ianya akan terbakar hangus menjadi debu.  

Harga tiket adalah RM 2350 untuk keseluruhan perjalanan dari KL ke Istanbul, Istanbul ke Cairo dan Cairo balik ke KL. Harga termasuk beg 30 kg dan makan sampai kenyang. Harga ni saya rasa sangat berbaloi, sebab mengikut Pakcu harga tiket ke Lahad Datu pun sudah RM 1200, walaupun tak ada apa yang menarik di Lahad Datu..

Seperti biasa, untuk memudahkan perancangan dan perjalanan, kami banyak berhubung melalui WhatsApp group yang kami namakan "Cleopatra & Cappadocia".

Mungkin ada di antara kami yang tak sure di mana Turkiye dan Egypt walaupun tiket dah dibeli. Boleh refer peta warna-warni di bawah ini. Ejaan rasmi Turkey telah diubah kepada Turkiye pada tahun 2022, jangan tanya saya kenapa.

Jelas perjalanan kami kali ini akan menyeberang tiga benua, iaitu Asia, Europe dan Africa. Egypt di benua Africa. (Canada di benua North America).



       


KL Ke Istanbul - 30 September

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan selama lapan bulan tiba jua. Alhamdulillah semua sebelas orang akan terbang. Penerbangan kami, Turkish Airlines (TK 63), berlepas dari KLIA jam 10.50 pagi. Bermulalah kembara kami di Turkiye dan Egypt. 

Seperti biasa saya akan membuat sedikit catatan atau travelog perjalanan kami. Saya berjanji tidak akan mencatat setiap peristiwa di sepanjang perjalanan kami, dikhuatiri ianya akan terlalu panjang dan you all akan leka membacanya sehingga terlupa membuat kerja-kerja utama seperti memasak, menidurkan cucu, membelai suami, atau menukar bateri kereta.

Oleh itu, saya akan memilih beberapa detik peristiwa dan kejadian yang terindah untuk diceritakan bersama sekeping dua gambar sebagai hiasan dan pengusik ingatan.

Saya akan menulis dengan gaya yang mudah dan casual tanpa menggunakan perkataan-perkataan pelik seperti mampan, ketimbang, wacana etc. Perkataan English juga saya akan guna for style and effect.   



Ankara, Anitkabir (Ataturk Memorial) - 1 Oktober

Ankara adalah ibu negeri Turkiye, sepertimana Ottawa ibu negeri Canada.

Kami mendarat di Istanbul jam 6 petang, 30 September, dan terus mengambil dua kereta yang kami tempah dengan Europcar di Istanbul Airport, iaitu Renault Traffic (9 seater) dan Fiat Egea Sedan. Kereta inilah yang kami guna untuk perjalanan kami sepanjang 1500 km di Turkiye.

Pakcu memandu van dengan Suhail sebagai co-pilot. Yasmin memandu Fiat Egea dibantu adiknya, Amir. Saya tidak dibenarkan rmemandu kerana umur melebihi 70 tahun. Sakit hati saya sebenarnya, sebab baru tahun lepas saya  memandu di Norway dan Sweden. Mungkin had umur ini berkuatkuasa bila Turkey menukar ejaannya kepada Turkiye.   

Dari Istanbul airport kami bertolak terus ke Ankara, 500 km ke arah barat. Selepas lima jam, kami tiba di Hotel Spor Ankara sekitar jam satu pagi. Selepas Turkish breakfast di hotel kami terus ke Anitkabir, iaitu memorial Mustafa Kemal Ataturk, pengasas dan presiden pertama Republik Turkiye. Di sini terdapat kuburnya dan juga museum peringatannya.  

Lama juga kami di sini mungkin kerana tempat ni tak ada bayaran masuk dan tak ada sekatan bergambar.  Tetapi security check di pintu masuk sangat ketat dan menakutkan sebab ada beberapa ekor anjing besar yang memerhati kami. Nasib baik pegawai sekuriti semuanya sangat tampan dan peramah, jadi kami pun agak tenang dan buat-buat tak pandang anjing tu.

Walaupun ini kali kedua saya ke memorial ini, saya masih terpegun. Bagi saya kecantikan memorial ini terletak pada senibina dan style yang simple, pastel tone yang suram atau sombre, dan horizontal layout tanpa terlalu banyak tangga, sesuai dengan Pakcu, Maklong dan Makngah yang menghidap sakit lutut tahap kronik.

Generasi muda (Wani, Yasmin, Suhail, Alya dan Amir) mengambil gambar tanpa henti. Rasanya mereka terus post kepada kawan-kawan atau cowok dan cewek mereka untuk melepas rindu walaupun baru sehari berjauhan. 




Cappadocia - 1 ke 3 Oktober

Lawatan ke Turkiye tidak lengkap kalau tidak ke Cappadocia. Seumpama ke Kelantan tanpa melawat Kg Laut.

Dari Ataturk Memorial kami terus ke Cappadocia, 300 km atau hampir empat jam ke arah Selatan Ankara. Kami tiba jam 4 petang dan terus checked in di Hotel Alphan.  Hotelnya kecil, tetapi kemas dan bersih. Penjaga hotel tak tau sepatah pun English. Saya pasti dia pun tak tahu cakap Kelantan.

Cappadocia adalah satu daerah pedalaman Turkiye yang terkenal dengan landskap, topografi dan scenery yang menakjubkan. Di sini kita boleh melihat fairy chimneys, rock castles, canyons, lurah curam, lembah dalam, dan beberapa bandar bawah tanah (underground cities) yang tidak lagi didiami.

Agak sukar untuk saya rakamkan sepenuhnya keindahan Cappadocia secara bertulis. Cara terbaik ialah datang dan lihat sendiri untuk menghayatinya, lebih molek dari udara dengan menaiki hot air balloons (HAB). 

HAB merupakan tarikan pelancong nombor satu di sini, tetapi harganya melampau,  boleh melebihi RM1000 seorang.  Tidak ada seorang pun di antara kami yang berminat. Mungkin mereka lebih berminat pergi ke Lahad Datu, sebab harganya pun hampir sama. 

Tetapi ramai yang berminat untuk pergi melihat balloons dilepaskan, biasanya di waktu awal pagi. Sebelum subuh lagi, Acudah dan generasi muda bergegas keluar menuju tempat HAB. Pakcu telah bermurah hati untuk menjadi driver dan bodyguard. Tinggal saya, Maklong dan Makngah saja  di hotel. 

Lebih kurang jam sembilan pagi, mereka pulang dan tersenyum lebar. Rupanya mereka tu pergi terlalu awal. Bukan sahaja awal, salah tempat juga. Tetapi mereka dapat juga mencari tempatnya di Sunset Viewpoint, dan terpukau bila menyaksikan berpuluh-puluh balloons berwarna warni diluncurkan ke udara. Dapat tengok pun cukuplah, nanti lain kali boleh datang lagi dan naik balloon bersama suami, tentunya lebih romantis.   

Sehari suntuk kami bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, menikmati keindahan semulajadi Cappadocia. Kami sempat singgah di beberapa bandar kecil seperti Goreme, Uchisar dan Urgup.

Oh, tak lupa juga Ozkonak, iaitu sebuah bandar bawah tanah yang sudah tidak didiami lagi. Ada khabar angin tempat ni keras, saya tak pasti apa makna keras. Cuma lima orang saja yang berani masuk: saya, Acudah, Yasmin, Amir dan Alya.

Ruang dan lorong bawah tanah ni sangatlah sempit, saya terpaksa merangkak dan menguruskan badan. Menarik di sini, ada dapur, kamar tidur, dan corong udara. Selepas 20 minit di bawah kami dah mula tercungap-cungap. Acudah yang pada mulanya berkobar-kobar, kini kelu tanpa sepatah kata. Bila teranampak saja pintu keluar, cepat-cepat kami merangkak keluar tidak menoleh lagi hahaha. 








Bursa - 3 ke 5 Oktober

Walaupun belum puas melihat Cappadocia, kami terpaksa bertolak menuju ke Bursa mengikut jadual. Bursa ialah ibukota lama Kerajaan Uthmaniyah, 650 km ke arah Timur.

Perjalanan memakan masa tujuh jam, termasuk satu jam untuk mencari homestay kami di kawasan Osmangazi. Waze membawa kami mengikuti celah-celah bangunan dan melalui lorong-lorong curam dan sempit yang hanya cukup untuk satu kereta. Keadaan kami masa tu seperti telur di hujung tanduk. Kami menahan nafas setiap kali kereta berselisih.

Akhirnya sampai juga di homestay, rumahnya luas dan selesa, cukup kemudahan dan peralatan untuk Pakcu terus memasak kari ayam. 

Ternyata Bursa adalah kota lama yang sangat indah, dipenuhi dengan bangunan-bangunan dan mercu tanda  bersejarah. Kami ada satu hari setengah di Bursa yang kami penuhi dengan lawatan ke Grand Bazaar, Grand Mosque, Green Mosque, dan pasar Koza Han.

Saya dan Maklong sempat membeli beberapa helai baju di sebuah kedai bayi di Grand Bazaar untuk cucu kami yang akan lahir pada bulan Disember nanti. Lama juga kami di kedai ni. Sekali lagi saya sesak nafas sebab Maklong seperti nak menyapu bersih barang-barang kat kedai tu.

Sebelum ni kami ada terbaca Kebab yang original dan terbaik di seluruh Turkiye terdapat di Bursa. Namanya Iskander Kebab. Masalahnya hampir semua kedai makan di sini bernama Iskander Kebab, jadi sukar untuk kami pastikan yang mana satu Iskander Kebab yang asli. Saya, Maklong dan Pakcu makan di kedai yang namanya bukan Iskander Kebab.

Bagi saya tempat yang paling saya sukai di Bursa ialah Cumalikizik, iaitu sebuah kampung kuno berumur 700 tahun, terletak 12 km di luar kota Bursa. Di sini kami dapat lihat deretan bangunan lama dengan senibina tradisional separuh papan yang berwarna-warni tetapi masih tegap berdiri. Jalan-jalannya dibina dari cobble stone, teguh tetapi tidak rata.

Sepanjang jalan terdapat pasar yang menjual buah-buahan, kuih-muih, jam, barang-barang antik dan souvenirs. Saya cuma membeli bahan utama breakfast saya, iaitu strawberry jam, murah dan homemade.

Saya terserempak dengan Acudah di sebuah kedai souvenirs. Sambil ketawa dia memberitahu saya Makcik owner kedai tu berbisik dan pesan jangan bagitau orang lain harga souvenir yang dia beli, sebab terlalu murah. Harga tu istimewa untuk dia sahaja. Padahal harga tu sama  saja dengan kedai-kedai lain. Walaupun sudah 700 tahun umur kampung ni, gimik sebegini masih lagi digunakan hahaha.    

Di Cumalikizik, masa seperti tidak bergerak. Mundar-mandir dan menapak dari satu warung ke satu warung lain sudah cukup untuk kita merasai suasana tenang dan budaya Turkiye sejak tujuh kurun lalu. Tempat ni saya rate 10/10.







Istanbul - 5 ke 7 Oktober

Dari Bursa, kami bertolak balik ke Istanbul, dengan jarak cuma 150 km atau dua jam perjalanan. Ini merupakan last leg kami di Turkiye. Kedua-dua driver kami, Pakcu dan Yasmin, pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan traffic di sini, terutamanya dengan steering dan brek di sebelah kiri, dan co-pilot yang berdengkur di sebelah kanan. 

Saya perhatikan memandu di highway Turkiye lebih selesa dan tenteram berbanding highway di Malaysia kerana kenderaan berat di sini lebih sopan dan patuh had laju. Sepanjang 1500 km, tidak sekali pun kami terserempak dengan Mat Rempit. Betapa damainya dunia tanpa Mat Rempit.

Kami tiba di pusat bandar Istanbul pada jam empat petang, dan terus checked in di hotel Ulusoy Old City yang terletak di daerah Kumkapi, cuma dua stesen metro saja dari pusat pelancongan, Sultanahmet. Harga sewa hotel memang reasonable dan biliknya luas dan bersih. Cuma tak ada lift dan tangganya gelap dan curam tanpa railing. Makngah berhenti rehat empat kali sebelum sampai ke biliknya di tingkat dua. Lepas tu dia tidak turun-turun lagi sehinggalah pagi esok.

Sebenarnya ini kali kedua saya di Istanbul. Kali pertama pada tahun 2022, sebaik saja PKP berakhir. Saya bersama Maklong, anak perempuan kami (Aida, Sarah) dan Makngah mengikuti package Travel Agent Sri America. Masa tu bulan puasa dan kami berhari raya di Cappadocia.

Namun kunjungan ke Istanbul kali ini lebih exciting dan mencabar, sebab kami mengembara secara DIY -  tanpa tourist guide dan bas. Kami beli Istanbulkart pass dan bergerak dengan menggunakan Metro dan Tram sahaja. Amat mudah sebenarnya cuma kita mesti pastikan destinasi kita dan stesen mana yang terdekat. Kalau salah stesen dan train, kita mungkin boleh sampai ke Bulgaria.

Oleh kerana citarasa dan tujuan yang berlainan, kumpulan kami berpecah mengikut umur. Saya, Maklong, Makngah dan Pakcu santai-santai saja. Selepas breakfast, kami terus saja ke Sultanahmet untuk masuk ke Hagia Sophia dan Blue Mosque untuk kali kedua.

Tetapi kami terpaksa batalkan hasrat kerana queue terlalu panjang, dan bertukar arah ke Grand Bazaar dan Spice Bazaar. Di sini pun crowdnya bertali arus, entah dari mana datangnya mereka ni. Cuma anihnya  saya tak terdengar orang cakap Kelantan. Saya pernah melawat Prague pada tahun 2023 dan terserempak dengan orang Kelantan.   

Generasi muda lebih aggressive dan bertenaga. Sehari suntuk mereka berjalan ke segenap pelusuk Istanbul, makan apa saja yang ternampak, naik cruise Bosphorus, mendaki Galata Tower, menonton tarian Sufi, dan membeli-belah di Oriental Gifts Shop yang dicari hampir empat jam tetapi indah khabar dari rupa.

Saya hampir tak percaya apa yang saya lihat di dataran berdekatan Spice Bazaar. Makdi, Acudah, Yasmin dan Wani berdiri memegang sepanduk Free Palestine, Stop Genocide, Ceasefire Now - mereka ni sempat berdemonstrasi bersama kumpulan anti-Israel yang kebetulan berkumpul di situ. Siapa sangka ya Wani yang maha lemah lembut tu pun ikut serta mengutuk Israel. 

Saya tidak pasti samada ini kali pertama pelancong Malaysia tunjuk perasaan di Istanbul. Saya harap semua ini tidak melanggar undang-undang Turkey. Bimbang juga ya,  kalau kena tangkap, saya dan Pakcu lah yang kena nego dengan Erdogan hahaha

     





Istanbul Airport  - 7 ke 8 Oktober

Jam lapan malam, 7 Oktober,  kami bergerak dari hotel ke Istanbul Airport dengan sebuah van 13 seater, dan tiba di airport sejam kemudian. Check-in dan imigresen berjalan lancar tanpa sebarang insiden. Cuma beg Amir dan Alya melebihi had berat 23 kg. Saya tak pasti apa yang mereka bawa, mungkin batu-batan yang di kutip dari Ozkonak underground city di Cappadocia.

Tepat jam 2.20 pagi, 8 Oktober,  penerbangan  kami Turkish Airlines TK 692 berlepas dari Istanbul menuju ke  destinasi kedua kami, iaitu Cairo. 

Selamat tinggal, Turkiye. 


Note:

Saya sedang menulis Cleopatra & Cappadocia (Part 2) yang merupakan catatan perjalanan kami di Egypt. Bila siap nanti,  saya akan siarkan di sini. 

Saya lampirkan beberapa foto yang kebanyakannya "dipukul" oleh generasi muda. Ternyata mereka ni sangat berbakat dan expressive. Enjoy!           

 

KLIA: Suami-Suami Yang Hantar Isteri Nampak Macam Happy Saja 

                         


KLIA: Bye, Bye Malaysia Madani
                                                  
                                                   


Istanbul Airport: Pakcu Tanya Kenapa Paklong Tak Boleh Drive?
                                                        
                                     



Ankara, Ataturk Memorial: Depa Ni Dressed To Kill 

                                                  


Ankara, Ataturk Memorial: Senyum Walaupun Sakit Lutut

                               



Ankara, Ataturk Memorial: Anit Jumpa Anitkabir 
                                      
                                             
                                       


Cappadocia, Hotel Alphan: Suka Tengok Pokok-Pokok Bunga Ni

                        



Cappadocia: Serombong Pari-Pari (Fairy Chimneys). Scary.

                       


Cappadocia: Tempat Macam Ni, Rasanya Grab Rider Tak Boleh Deliver.

                                         


Cappadocia: Inilah Pari-Pari
                                                   



Cappadocia: Tangan Siapa Ni Ya? 

                                        


Cappadocia: Tak Habih-Habih Berdiskusi, Sejak Dari Kg Pandan Lagi


Cappadocia: Ni Dah Level Pro, Mir 

                                                                   

Cappadocia: Yaaaaa !




Cappadocia, Ozkonak Underground City: Senyuman Dalam Ketakutan

                          


Cappadocia, Ozkonak Underground City: Berani Masuk Sebab Ada Paklong 

                       


Bursa, Cumalikizik: Jenuh Cari Turbine, Tapi Tak Jumpa

                                  


Bursa, Cumalikizik: Dari Jauh Kami Datang Untuk Minum Air Mineral

                             


Bursa, Cumalikizik: Tiba-Tiba Teringat Kg laut

                                  


Bursa, Osmangazi: Homestay Ni Memang Sesuai Untuk Orang Kelanatan

                                


Bursa, Koza Han Silk Market: Melayu Suka Tengok-Tengok Saja

                                         
                                                     

Bursa, Green Mosque: Rupa Paras Hampir Sama, Mungkin AI

                                                 


Bursa, Green Mosque: Ganteng Jugak Cowok-Cowok Ni Ya

                                          


Bursa, Green Mosque: Dia Ingat Kat Sini Pun Dia Siak

                             

                              
Green Mosque, Bursa: Kaki Ke Depan Tu Gimik Terbaru BTHO Ke?

                                                  


Green Mosque, Bursa: Berebut-Rebut Depa Ni Nak Bergambar Dengan Paklong

                      


Bursa Grand Bazaar: Pakcu Tetap Happy Walaupun Kena Scam

                                 


Tak Sure Kat Mana Ni, Tapi Bukan Kg Pandan

                                                 


Ni Pun Tak Sure Kat Mana, Tapi Tetap Exotic

                                            


Istanbul: Sempat Berguling-Guling. Memang Hebat. Kudos, Guys! 

                              
  


Istanbul, Galata Tower: Tak Ada Baju Besar Sikit Lagi, Acudah?

                                

Istanbul, Grand Bazaar: Intai Dulu, Orang Kata ramai Scammer

                       


Istanbul: Kalau Setakat Menari Macam Ni, Paklong Pun Boleh

                               



Istanbul: Burung Terbang Kat Atas. Superb Photography. I Like.

                                               
























Sunday, January 11, 2026

A Break in Bosnia (Part 2)




As promised, here's Part 2 of "A Break In Bosnia" published earlier. Technically this part is a continuation, and it's not about Bosnia. It's about Naples, Italy, which we visited right after Bosnia, Croatia and Montenegro. This Part 2 is faster compared to the longish and ponderous Part 1. I hope you'll feel better reading this.

Napoli - Bad (11 July)

The easyJet flight from Dubrovnik across the Adriatic to Naples took one hour, two hours if you include the time difference.

As a concept, time difference is elegant. But it can be baffling if you're an average student, or you still believe the earth is flat, or both. I was watching late-evening football on Astro when my eldest grandchild Diana asked me casually what was the time in London. She was in Primary Year 6 at the time and her question could well be a pick-up line from Roblox, but I was impressed nonetheless. When I was her age, I was top of my class, but,  as far as I can remember, the world was flat.   

Anyway, Naples Airport was smooth and speedy because there's no passport control for flights from Croatia. This is funny because I've to show my passport at Kuching Airport. Well, let's not argue.

The journey from the airport to downtown Napoli was decidedly disheartening. No worthy scenery, no  structure to inspire. Nothing particularly mouth-watering, except for our typically talkative and talented Italian taxi driver named Francisco.

I provided all the provocation and he just opened up. Soon he was well ahead of himself, verbally attacking his own country, its crippling culture, his own wife, and Meloni, the PM. According to him she's a living fascist (Meloni, not his wife). The word "Fascist" is never easy to vocalize, but this plebeian taxi driver pulled it off perfectly. 

We finally reached our apartment at 24, via Firenze. Our host, Fabio, greeted us, and he and Francisco hugged and kissed. I'd watched a similar scene in The Godfather. We had to use four different keys and codes to four different doors to finally open our apartment door.

My wife squirmed at the sight of hordes of what looked like African migrants nonchalantly cruising by. I thought she was overreacting, as always.

Francisco left us his number should we need his help during our stay. So thoughtful. Thank you, bro. I still keep his number (393281966102). 

I'd been here before, I mean Italy, not Naples, but you can never get enough. Aida loves Italy,  Sarah I'm not sure, maybe Uniqlo. Together we'd explored almost all the famous sights in the top half, from Rome all the way through gorgeous Tuscan towns to Lake Como. The two-night stay at a lovely hilltop farmhouse outside Siena was outrageously out of this world.

Each and every town we travelled through is defined by its history, character and style, not to mention a timeless duomo or two. Or a piazza, where the Italians gather to do what they do best: nothing. Venice, I've to admit, left me speechless. 

But Naples was a sad state of affairs. It's definitely not your regular Italy. Down and depressed, it's chaotic, frantic and comparatively colourless.  A glimpse of Via Firenze and all around it, you could only picture a basket case of abandon and neglect. And to think that we'd be holing up here for the next three days. 

Napoli - Not Bad (12 July)

By the way, girls, a native of Naples is a Neapolitan, not Napoleon and certainly not Nepalese. I know this doesn't explain why Dutch are called Dutch.  

After a day touring the city centre, it gradually dawned on me that Naples wasn't without its own chunks of charm and charisma. This place was vibrant, raw and unpretentious, with people shouting and celebrating for no apparent reason. Bitten by its spontaneous energy, we decided to join the commotion, and ended the day on a high.  

At every turn, you'd crash into flags, cut-outs, banners, murals or just anything bearing the face of Diego Maradona, the world's finest footballer ever. It's the Neapolitans' unapologetic way of honouring the memory of their adopted son and saviour. Italians, along with the Kelantanese, are such a passionate and romantic lot.    

It took us half a day to roam the crowded via Toledo tourist stretch and the neighbouring historic quarter or centro storico with its quaint and stylish courtyards and cathedrals. We just took our time to walk the alleyways and navigate around carts of fresh fish and fruits, and paused to admire the Neapolitan daily life unfolding at its own pace, right before us.  

And, of course, there was always enough time left for my wife to wave my Wise card on some linen scarves and stuff at the indie boutiques. These were genuine Italian made, store branded and sold by polite Italian artisans at retiree-friendly prices. I thought they were good value and I'd not file any complaint if she bought maybe one or two pieces to show off.

Apparently at her age (and body mass), it was easy to get swayed by the riot of tones, broad flowers and free sizes. I'd to remind her that (1) the prices were all in Euro, (2) it's 100% legal in Italy to try every piece in the store but NOT buy any, and (3) we were running low on Celebrex and her knees could actually collapse this time. I knew it was a lost cause, but I'd to try everything.  

This retail workout proved to be highly transformative, with her feints of fright and fear yesterday now all but gone for good.

Amalfi Coast - Brilliant (13 July)

Naples has long been an undercard to the more glorified Rome, Venice, Milan and Florence. This is unfortunate because three of the Italy's celebrated sights - Pompeii, Vesuvius and the Amalfi Coast - are right at its doorstep. But we'd only one day left, so it's impossible to invade all three even without my heart blockages. 

You've to be physically fast and furious to trample on the expansive Pompeii ruins. With my wife's bended knees, it's out of question. Plus you've to hire an archeologist or join a tour group to really make sense of Pompeii. Italy has had more than its fair share of artists and inventors, so the archeologist could well be a dentist.

Vesuvius is still active. But the Italian scientists together with the football bookies have agreed that it won't erupt again any time soon, so that all Napoli games can go ahead.  But nobody really knew.  

So we headed to the safest and easiest one - Amalfi.

No archeologist, no dentist required. It was Flixbus to Salerno and then one-hour quick ferry to the shores of Amalfi. Man, what a lovely, postcard-pretty place, this Amalfi Coast. The dramatic backdrop and setting were straight out of a fairy tale. No words will do it justice. It's Italy at its breathless best.

Flying Home (14 July)

Now it's time to go home. 

We'd booked a morning flight from Naples to Istanbul, then a connecting flight to KL. Turkish Airlines, well, I just can't praise it enough. Friendly fares, tasty meals, cherry juice, latest movies and free data. And the layover meal vouchers was a nice touch because a Burger King at the food court cost RM75 if you convert.

For the Istanbul to KL flight we were "upgraded" to premium seats (10D, 10E), with extra legroom and more air to breath. Maybe the flight was full, or the Ottomans had caught wind of my wife's wretched knees. This added some sliver of excitement to an otherwise uneventful flight. It was still an uneventful flight.

It's been one hell of an outing for us, from the dungeon of Durham Cathedral to the flourish of the Amalfi Coast, with Sarajevo, Mostar, Dubrovnik, Kotor and Naples nestled nicely in between. We'd  journeyed through five countries, six if you include one anxious hour in Belgrade. Not too shabby for a 138-year old couple. For perspective, Marco Polo was 17 when he started on his trip to China.

Our ten-day trip wasn't ground-breaking or game-changing in any way. We're just happy to be able to go places and see the world. My benchmark has always been my sister-in-law. She's still wondering why Ottawa is in Canada.

We landed at about 9 am, right on time. Our second son pulled up outside the arrivals, his face lighting up with what appeared to be a mixed sense of relief and disbelief that we were back in one complete piece.

He opened the car door to let us in, and then quickly loaded our bags. He opened the car door again and peered in to see that both of us were really and truly inside before screeching out of KLIA as fast as he could.   

      


 




  


                                       





                                                        With Our Kind Host, Fabio