Saya berkunjung ke Indonesia lagi. Kali ini ke Medan dan Danau Toba, dari 1 hingga 5 Januari 2020. Seperti selalunya, saya melancung secara berkumpulan. Kali ini seramai sebelas orang, termasuk isteri dan beberapa orang adik ipar bersama suami mereka. Mereka ni sering mengembara bersama saya, mungkin kerana saya tidak mengenakan apa-apa service charge, duit parking dan tips sebagaimana travel agent terkemuka seperti Batuta, Zahafiz, Zuhud, Madaniah dan lain-lain travel agent dengan nama Arab. Itinerari saya juga amat flexible. Tiada had untuk berhenti rehat dan mereka boleh saja ke toilet bila-bila dan di mana-mana tanpa ditanya sebabnya.
Paling akhir saya ke Indonesia ialah pada bulan September lepas, bila saya bersama isteri, anak dan adik ipar berkunjung ke Jakarta. Sebelum itu saya bersama isteri, anak dan cucu ke Bali (bulan Januari 2019). Dan sebelum itu saya bersama isteri, anak dan beberapa orang adik ipar ke Padang dan Bukit Tinggi (April 2018) dan Jogjakarta (December 2017). Dalam masa dua tahun saja saya ke Indonesia sebanyak lima kali. Yang anihnya saya sudah enam tahun tidak pulang ke Kelantan, daerah kelahiran saya. Kalau emak saya masih ada tentu dia akan mengepek.
Sebenarnya saya pernah ke Medan dan Danau Toba - kira-kira hampir 30 tahun yang lalu. Saya masih ingat anak saya bermain kecapi dia atas feri dan kami terpijak tahi kuda di pasar buah Berastagi, semuanya in flashbacks. Tentunya Medan telah banyak berubah dalam jangka masa yang begitu panjang, dan ini membuatkan saya sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat kembali. Tapi apa yang pasti, saya juga telah banyak berubah. 30 tahun dulu saya mempunyai dua orang anak dan seorang isteri, kini saya mempunyai empat orang anak, lima orang cucu dan seorang isteri. Isteri saya yang dulunya tegap dan mantap, kini amat gusar bila melihat anak tangga. Bahkan bila terfikir anak tangga pun dia mula bimbang dan tidak lena tidur. Dia lebih gembira bila melihat lift dan Instagram.
Ini merupakan kali kedua saya menulis blog dalam Bahasa Melayu. Kali ini terasa lebih selesa dan mudah walaupun masih terdapat sedikit kejanggalan di segi pilihan kata dan susunan ayat. Maaf ya. Tetapi adik-adik ipar saya tentunya akan memuji tulisan saya ini dengan kata-kata yang memberansangkan seperti "Terbaik, Paklong", "Luar Biasa " (sticker), "Catet Dulu" (sticker), LOL dan sebagainya. Mereka ni memang cekap dan berfikiran jauh ke depan. Mereka tau banyak lagi tempat-tempat lain yang akan dilawati nanti.
Saya berjanji tidak akan menulis atau menceritakan setiap pergerakan dan aksi kesebelasan kami selama lima hari di Sumatera Utara (Medan dan Danau Toba terletak di Sumatera Utara. Ottawa di Canada, bukan Jepun). Ia akan memakan masa yang lama untuk ditulis dan tentunya boleh menyebabkan stress bila dibaca. Bayangkan sebelas orang dan sebelas citarasa. Saya akan hanya membuat catatan tentang beberapa pengalaman, peristiwa atau tempat yang menarik, unik dan inspiring yang kami lalui.
1. Silangit
Hari ini merupakan hari pertama tahun 2020. Saya tidak pasti samada hari ini negara kita telahpun melangkah sebagai sebuah negara maju seperti yang telah sekian lama dicanangkan. Maju atau tidak, kami akan tetap ke Medan dan Danau Toba seperti yang telah kami rencanakan sejak bulan Oktober. Bahang yang meluap-luap sejak dua minggu lepas terus memuncak bila saja kami dipanggil untuk memasuki pesawat dengan ucapan maharaja lawak "Happy Journey".
Kami menaiki penerbangan AK 411 jam 11.35 terus ke Danau Toba melalui Airport Silangit yang terletak di pinggir selatan Danau Toba. Kami nanti akan pulang melalui Medan. Ini berbeza dari perjalanan kami 30 tahun dulu di mana kami datang dan pulang melalui Medan.
Datang melalui Silangit dan pulang melalui Medan adalah idea saya semata-mata tanpa mengetahui selok-beloknya. Selepas mendarat baru saya tau rupanya airport Silangit berisiko tinggi kerana runwaynya yang singkat, lapisan awan yang tebal dan paras awan yang rendah sering membuat pendaratan menjadi cemas, lewat atau terus tergendala. Ada penerbangan yang terpaksa berpatah balik ke KL.
Nasib baik pendaratan kami tidak mengalami sebarang kerumitan, bahkan kami tiba sepuluh minit lebih awal. Saya bimbang juga sebab suami adik ipar saya yang ikut serta dalam rombongan ini disyaki mengidap komplikasi aviophobia, seperti legenda bolasepak Belanda dan Arsenal, Dennis Bergkamp, yang digelar "The Non-Flying Dutchman". Saya tidak dapat bayangkan reaksinya jika pesawat bergegar atau mengalami masalah untuk mendarat. Atau mungkinkah dengan doa suami adik ipar (biras saya) maka penerbangan kami sangat lancar dan selesa? Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Tenang ya, bang hahaha.
Seperti yang dijangka airport Silangit tidak mempunyai jet bridge, jadi kami terpaksa menuruni tangga dan berjalan ke terminal. Keluar saja dari pesawat saya terasa udara bukit yang nyaman dan sejuk menyirami muka saya. Pada masa yang sama, saya terdengar tulang lutut isteri saya bergesel.
Dari jauh kelihatan bangunan terminal amat sederhana dan ianya tidak beroperasi sepenuhnya kerana kerja-kerja pembesaran. Kami diarahkan untuk menuju ke satu khemah putih di hujung terminal. Dari jauh ia kelihatan seakan-akan khemah di majlis perkahwinan di Malaysia. Rupanya inilah kawasan imigresen, dan kami terus ikut beratur. Barisannya agak panjang dan terkeluar dari khemah dan bergerak amat perlahan. Nasib baik ada live band menyambut kami dengan memainkan muzik tradisional Batak di sebelah pintu masuk khemah. Kesemua adik-adik ipar saya dan suami mereka (biras saya) nampaknya sangat terhibur dengan muzik ini, ada yang mengangguk-ngangguk mengikut rentak dan iramanya.
Urusan imigresen selesai setelah hampir setengah jam. Tidaklah begitu teruk sebenarnya berbanding dengan jemaah haji Malaysia yang pernah menunggu di pintu imigresen di Jeddah selama dua hari. Kami keluar dari khemah dan disambut oleh supir dan guide kami, Pak Arifin atau Ari. Beliau nampak gembira sebab kami selamat sampai di Silangit tepat pada waktunya dan tidak berpatah balik ke Kampung Pandan.
2. Tomok dan Ambarita
Orang Kelantan tentu akan bertanya "Ggapo nih?"
Tomok dan Ambarita adalah nama dua buah penempatan dan pusat kebudayaan suku Batak yang terletak di Pulau Samosir di tengah-tengah Danau Toba. Banyak lagi tempat lain sebenarnya, tapi feri yang kami sewa hanya singgah di sini. Selain dari rumah tradisional Batak di Ambarita, tidak banyak bahan atau bangunan kebudayaan yang kami temui. Tomok pula padat dengan pelancung yang menyusuri lorong-lorong kecil mencari cenderamata bertulis Horas dan I Love Samosir.
Jujur saya nyatakan, tiada yang menarik atau inspiring di Tomok dan Ambarita. Mungkin kerana kami tidak meneroka Pulau Samosir sepenuhnya. Pelancung dari Eropah dan Australia biasanya menyewa notorsikal untuk mengelilingi pulau beberapa hari untuk melihat suasana dan lifestyle suku Batak dengan lebih dekat. Ada yang terus menetap dan membuka chalet. Pelancung Melayu lebih gemar berlegar di sekitar kawasan jeti saja.
Apa pun, menaiki feri dari pekan Parapat merentasi Danau Toba bersama saudara mara terdekat merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Memang kami sering bertemu di pusat kami di Kg Pandan, setiap kali dengan segala jenis makanan terhidang. Tapi kali ini kami berkumpul secara santai tanpa sebarang makanan berdekatan. Inikah yang dikatakan berbual kosong? Ternyata lebih tumpuan dan ketenangan bila tiada makanan. Hanya kesebelasan kami saja penumpang dalam feri ini, jadi tiada batasan untuk bercerita, berbuat bising atau berulang alik ke toilet. Pemandangan di sekeliling tasik juga mengasyikkan sehingga aviophobia pun hilang lenyap dan tenggelam ke dasar danau. Hahaha, tenang bang.
3. OYO 1440 New Sejarah
Dari Parapat menuju ke Medan, kami singgah bermalam di Berastagi. Inilah nama hotel tempat kami menginap. Jangan tanya saya apakah sejarah di sebalik nama ni. Yang saya tau nama OYO kini sudah sinonim dengan rangkaian hotel budget di Malaysia dan Indonesia. Kami tiba di Berastagi lewat senja. Tidak ada reception office di hotel ini dan kami hanya didaftarkan dan diberi kunci oleh penjaga hotel di tanah lapang di depan hotel sambil berdiri sahaja.
Biliknya sangat basic, dengan TV flatscreen sebesar tablet Samsung saya, tanpa aircond kerana suhu di Berastagi memang sedia sejuk. Adik-adik ipar saya melonjak gembira bila diberi password untuk wifi. Wifi di sini ternyata lebih baik dari wifi di USJ. Walaupun hotel ini sederhana saja, lokasinya berdekatan dengan deretan warung-warung yang menjual berbagai makanan untuk makan malam. Sukar untuk memilih kerana semuanya nampak menyelerakan setelah hampir lima jam kami terperangkap dalam macet (traffic jam) yang lumayan. Salah seorang suami adik ipar saya memilih kerang rebus saja. Saya pasti beliau sudah keletihan dan hilang selera makan. Beliau makan tiga pinggan kerang.
Pulang ke hotel setelah makan malam, saya bergegas ke bilik air untuk mandi. Bila saya buka shower, saya lantas melompat ke belakang bila saja badan dijirus air. Dinginnya sampai ke tulang dan buah pinggang. Rupanya sistem air panas bilik saya telah rosak. Saya dan isteri terpaksa tunda program mandi di Berastagi ke esok pagi.
Keesokan harinya sewaktu kami semua berjalan keluar dari kawasan hotel, terlihat beberapa papantanda terpampang dengan ucapan takziah atau balasungkawa. Salah seorang penduduk berdekatan hotel telah meninggal dunia. Suami adik ipar bongsu saya terus mencelah "Patut lah semalam ada bau kemenyan". Saya tidak berbau apa-apa pun semalam. Mungkin bau badan saya mengatasi bau kemenyan.
4. Pajak Ikan
Tiada pajak dan tiada ikan di sini. Pajak Ikan adalah nama pusat atau pasar grosir (wholesale) dan eceran (retail) berbagai jenis bahan kain dan baju di belakang hotel kami di kota Medan. Konsepnya hampir sama dengan Tanah Abang di Jakarta, Pasar Baru di Bandung atau Pasar Kelewer di Solo, cuma lebih kecil. Hotel kami di Medan (Kama Hotel) terletak di kawasan Medan lama. Ianya lebih kurang dua puluh kali lebih baik dari hotel OYO di Berastagi.
Kami berada di Medan selama tiga hari dan dua malam. Adik-adik ipar saya berulang alik ke Pajak Ikan dari setengah jam selepas check-in sehingga lah setengah jam sebelum kami berangkat pulang. Sebenarnya saya ada juga pergi ke Pajak Ikan, cuma sekali dua sahaja, itu pun hanya untuk mencari kain pelikat Gajah Duduk.
Pasar ini keadaannya samalah dengan pasar kain lain di Indonesia. Kita kena banyak berdialog dalam acara tawar menawar. Saya suka berkomunikasi dengan orang Indonesia tempatan kerana mereka sangat articulate dengan bahasa yang tersusun dan kuat pula sense of humournya. Di salah sebuah kedai yang saya singgah, saya bertanya dengan pembantu di situ "Di sini ada Gajah Duduk, Pak?". Pembantu itu terus menjawab sambil tersenyum " Pasti ada. Itu Pak" dia menuding ke arah seorang perempuan yang sedang duduk di bangku menunggu cinta. Perempuan itu senyum tersipu-sipu. Kejam sungguh jenakanya hahaha.
5. Nikmatnya Santapan, Sejuta Kesan
Ini bukannya tajuk puisi penyair terkenal Indonesia Chairil Anwar. "Nikmatnya Santapan, Sejuta Kesan" adalah tagline atau slogan Restoran Garuda. Tuan-tuan tentunya sudah biasa dengan tagline atau slogan KFC "Finger Lickin' Good". Bagi saya makanan KFC adalah biasa saja, dan tidaklah selazat slogannya. Tapi Garuda berbeza.
Sejak hari pertama lagi kami hanya makan Nasi Minang atau Nasi Padang. Hari pertama kami makan dua kali, lunch di Silangit, dinner di Balige, hari kedua lunch di Parapat. Hari ketiga kami berjalan 500 metre dari Kama Hotel di Medan ke Restoran Garuda, yang amat terkenal di seluruh dunia dengan menu Nasi Minang. Kami makan secara hidang, dan kami hampir hilang kawalan bila melihat tidak kurang dari dua puluh hidangan yang berbeza rupa parasnya. Kami tidak makan kesemuanya. Ternyata sajian di sini lebih enak dan segar berbanding dengan sajian di restoran-restoran sebelum ini.
Saya perhatikan adik-adik ipar saya tidak banyak bercakap dengan suami-suami mereka semasa makan, mungkin mereka ingin menumpukan seluruh perhatian, jiwa raga dan hati nurani mereka terhadap juadah yang kini pasrah di depan mereka. Selepas makan, meja kami kelihatan seperti medan perang, penuh dengan ikan dan ayam yang tertewas.
Selepas makan kami terus ke cashier untuk membayar. Billnya berjumlah: 1,109,020 Rupiah. Ini kali pertama saya membayar lunch yang berjumlah sejuta. Terasa seakan Jho Low berbelanja di Hollywood. Saya teringat slogan Garuda "Nikmatnya Santapan, Sejuta Kesan". Tepat sekali, memang sejuta kesannya.
6. Bolu Meranti dan Soto Medan Sinar Pagi
Bolu adalah Baulu, bukan Bola atau Bulu. Bolu Meranti merupakan ole-ole yang sangat terkenal di Medan. Pelancung Malaysia pasti akan membeli Bolu Meranti untuk di bawa pulang dan diberi sebagai cenderahati dengan ingatan tulus ikhlas kepada ahli keluarga, kawan rapat, besan dan sebagainya.
Bolu Meranti ni rupa dan rasanyanya seperti swissroll, tetapi lebih lazat, legit dan asli. Saya dan isteri sempat mengikut seorang adik ipar saya ke kedai Bolu Meranti, dan saya terpegun dengan apa yang saya saksikan. Kedainya penuh sesak dan queuenya panjang hingga terkeluar sejauh 20 metre. Queue sebegitu panjang hanya untuk membeli swissroll? Apakah ilmu dan strategy pemilik kedai sehingga begini sekali sambutannya? Kalau di Malaysia, sudah pasti kedai yang sebegini maju akan dituduh menggunakan bomoh atau minyak babi atau dipunyai oleh anggota Dap.
Selepas Bolu Meranti kami ke Warong Sinar Pagi yang masyhur dengan Soto Medan. Seperti Bolu Meranti, warung ini juga sesak dengan pelanggan. Kami terus masuk dan bernasib baik kerana ada pelanggan yang baru mengosongkan meja. Saya bukanlah pakar soto, tapi bagi saya rasa Soto Medan ini biasa saja, paling kuat pun 6 dari 10.
Namun apa yang menakjubkan di warung Soto Sinar Pagi ini ialah servicenya yang sangat pantas. Jauh lebih pantas dari kedai mamak di Malaysia. Belum pun sempat kami duduk dan bernafas seperti biasa, hidangan soto kami telah terhidang dan sedia untuk di makan. Kami hanya mengambil masa selama 15 minit untuk masuk, makan, dan keluar. Saya rasa Tony Fernandes pun akan kagum dengan turnaround yang ternyata lebih cepat dari AirAsia.
7. Kuala Namu atau Kualanamu.
Kuala Namu adalah lokasi dan sekaligus nama airport utama Medan. Ia terletak sejam dari pusat bandar Medan, di daerah Deli Serdang yang majoriti penduduknya bangsa Melayu, bukan lagi suku Batak seperti di Samosir dan Berastagi. Bahasanya hampir sama dengan Bahasa Melayu di Malaysia tapi berbeza dengan Bahasa Melayu di Kelantan. Semasa di bangku sekolah dulu saya pernah membaca novel pujangga terkemuka Hamka bertajuk "Merantau ke Deli". Saya sudah lupa langsung jalan ceritanya, mungkin tentang seorang pemuda yang merantau ke Deli (hahaha). Hari ini saya berada di Deli.
Masa check in, kami tenang saja. Tidak ribut-ribut, kelam-kabut dan bertungkus lumus menimbang , mengira dan mengatur beg untuk mengelak excess seperti selalunya (Jogja, Shenzhen, Delhi dll). Kali ini kami menaiki penerbangan Malaysia Airlines, dengan luggage allowance seberat 30 kg seorang. Jika digabung, kami ada sejumlah 330 kg. Ini tentunya mencukupi untuk kami kami check in bukan sahaja kain pelikat Gajah Duduk, tetapi juga gajah.
Dalam pesawat, saya lihat adik-adik ipar saya semuanya duduk dengan syahdu sekali dengan suami mereka. Cepat mereka memilih seat, setangkas warung soto Sinar Pagi. Perjalanan cuma satu jam, tapi cukuplah rasanya untuk mereka ber"happy journey".
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika tuan-tuan suka blog di atas, tuan-tuan boleh membaca blog lawatan kami ke Padang, India dan lain-lain.