Intro
I like to travel.
Luar negeri. Dalam negeri. Ke mana sahaja.
Mulanya saya travel dengan anak-anak dan ahli keluarga terdekat. Kami sering travel secara Do-It-Yourself atau DIY, iaitu tanpa menggunakan khidmat travel agent.
Travel secara DIY biasanya lebih economical dan flexible. Ianya lebih mencabar dan memerlukan perancangan yang rapi. Dan risikonya juga lebih tinggi. Kami pernah travel ke Cairo. Bila sampai, kami dapati hotel yang kami booked tidak ujud!
Akhir-akhir ini saya sering travel berdua - saya dan isteri sahaja. Umur kami kalau dicampur sudah menghampiri 140 tahun. Isteri saya menghadapi osteoarthritis tahap serious. Lututnya boleh roboh bila-bila masa tanpa notis. Saya pula mengambil ubat statin setiap hari untuk melicinkan saluran jantung.
Setiap kali kami meninggalkan rumah, anak-anak kami akan diserang high anxiety. Mungkin mereka bimbang kami tertinggal flight atau terlupa tarikh balik. Kami serahkan segalanya kepada Allah dan memohon perlindungannya di mana sahaja kami berada.
Kenapa kami travel berdua? Sebab anak-anak kami semuanya telah berkeluarga dan tumpuan mereka telah beralih kepada suami/isteri dan anak-anak, dan ibu mertua juga, hehe. Kami insafi reality dan putaran kehidupan ini, dan kami harus adapt dan adjust. The show must go on, so kami travel berdua. So far, so good.
Paling akhir kami travel berdua adalah pada bulan March dan April lalu selama dua minggu. Kami mengembara secara DIY ke tempat-tempat yang rare dan exotic di Europe, seperti Gdansk, Krakow, Freiburg im Breisgau, Alsace dan Basel. Syukur Alhamdulillah, kami selamat pulang in one piece.
![]() |
| Gdansk, Poland |
Jatuh Cinta Dengan China
Pertama kali saya menjejak kaki di negeri China ialah pada tahun 2016 bila saya, isteri dan beberapa orang adik ipar berkunjung ke Shenzhen dan Guangzhou selama lima hari. Kami tempah flight sendiri dan menggunakan travel agent untuk visa dan ground services. Kami dibawa oleh guide ke sebuah kedai jade walaupun kami tidak meminati jade.
Saya terpegun melihat kemajuan ekonomi dan gaya hidup di negeri China. Kotanya besar dan penduduknya padat, namun semuanya bergerak lancar dan teratur seolah-olah diprogram oleh computer. Suasananya aman dan tenang, mungkin juga sebab tak ada orang merempit.
Sepuluh tahun kemudian (2025), saya sekali lagi ke China bersama isteri, anak dan tiga orang cucu. Kali ini kami mengembara ke Beijing, Hangzhou dan Shanghai, secara DIY. Kami guna high-speed trains, bas, taxi dan e-hailing (Didi). Tak ada masalah, semuanya smooth dan sweet.
Masih terbayang Great Wall di Beijing, the Bund di Shanghai dan Hangzhou night river cruise. Nasi Lemak di restoran Melayu Secret Flavours di Shanghai was out of this world, saya rate 10/10.
Saya rasa mengembara di negeri China sangat affordable. Ianya selamat dan scam-free. Ringgit Malaysia boleh pergi jauh kerana tukaran yang tinggi dan stable. Makanan halal ada di setiap ceruk dan penjuru.
Hotel dan transport di China jauh lebih murah jika dibanding dengan Europe. Saya pernah naik shuttle train di Switzerland dari parking area di Tasch ke bandar Zermatt untuk melihat Gunung Matterhorn. Tambangnya RM 80 sehala untuk jarak cuma 10 km atau 10 minit. Unbelievable.
Yearning For Yunnan
Selepas pulang dari Shanghai, saya terasa seperti ingin pergi lagi ke China. Saya menyimpan hasrat untuk melihat Yunnan. It's high on our bucket list. Kami hanya menunggu masa yang sesuai.
Sejak awal tahun lagi saya telah merancang untuk pergi ke Yunnan secara DIY pada bulan November bersama isteri. Saya telah siapkan itinerary, dan sedang berkira-kira untuk menempah flight, hotel dan transport bila saya terbaca iklan dari syarikat travel agent bernama IBC Tours & Travel.
IBC menawarkan Best Of Yunnan Tour dari 24 July to 1 August dengan harga di bawah RM 4,000. Harga ini adalah yang paling rendah pernah saya lihat.
Setelah dua hari bertapa dan berfikir, saya memutuskan untuk membatalkan trip saya ke Yunnan secara DIY pada bulan November. Saya dan isteri akan mengikuti package IBC Tours. Kami tertarik dengan kumpulan yang kecil, iaitu cuma 17 orang sahaja.
Travel To Yunnan
Akhirnya tibalah hari dan waktunya. Pada jam 10 malam 24 July, kami berlepas ke Yunnan dengan Batik Air flight OD 670 dan tiba di Kunming Airport jam 2 pagi keesokan harinya.
Setelah lapan hari di Yunnan, kami pulang membawa seribu kenangan. Sesungguhnya perjalanan kami sangat enjoyable dan inspiring. Setiap hari merupakan satu pengalaman dan penemuan yang baru. Setiap hari juga kami dapat merasa hidangan dan cuisine Yunnan yang authentic.
Bukan itu sahaja, saya dan isteri juga berpeluang berkenalan dengan ahli-ahli rombongan dan tour leader. I can confirm here that mereka semua very friendly, polite and good-looking guys. (Mereka boleh hubungi saya kalau nak belanja saya makan hahaha).
Perjalanan kami di wilayah Yunnan membawa kami meneroka dan mengalami empat bandar utama, iaitu Kunming (ibukota Yunnan), Dali, Shangri La, dan Lijiang. Kami telah jejaki jarak sejauh 1500 km.
Seperti selalunya, selepas travel saya akan menulis dan mencatat beberapa detik manis dan memorable buat saya di sepanjang perjalanan sebagai kenangan. Saya menulis dengan gaya casual, with some exaggeration for effects, dan mencampur-aduk Melayu dan English.
Berikut adalah catatan saya untuk perjalanan saya dan isteri ke Yunnan. Saya selitkan juga beberapa keping foto sebagai hiasan, ada yang saya pinjam dari sahabat-sahabat yang bersama dalam group kami (mohon izin ya).
1. Pre-Departure Di KLIA Pada 24 July
Saya telah diberitahu nama ahli-ahli rombongan atau fellow travellers oleh tour leader dari IBC, iaitu Puan Nini, melalui WhatsApp group.
Cuma sehingga sekarang saya masih tidak tahu nama penuh Nini, mungkin next time saya jumpa saya akan tanya. Saya agak namanya Rosnani, sempena nama seniwati dan lagenda Melayu.
Group kami bertambah kecil bila dua orang menarik diri last minute. Tepat jam 6.30 kami berkumpul di check in counter KLIA dan pertama kali kami berjumpa dan berkenalan. Berdebar-debar juga saya dan isteri, mana tau ada artis atau influencer akan bersama dalam group kami.
Rupanya dalam group kami ada sembilan orang dari satu keluarga dari Sabah yang diketuai oleh En Jaludin dan Puan Fatimah, dan anak mereka Jasfin dan suaminya Khairul, dan lima orang anak-anak mereka, termasuk yang bongsu berumur 3 tahun. Bayangkan, saya 70 tahun lebih tua dari anak ini.
Turut sama dalam rombongan ialah Puan Noor Azah dan anak terunanya Muhammad Umar dari Jerantut, dan Puan Aeshah dari PJ, dan akhirnya saya dan isteri dari Bukit Jelutong. 15 orang semuanya termasuk tour leader Nini dan local guide Luna berbangsa Yunnan yang menanti kami di Kunming.
Perbualan kami di KLIA agak ringkas, singkat dan serious, mungkin masih malu-malu dan ragu-ragu. Susah untuk saya meneka apa impression mereka terhadap seorang lansia (lanjut usia) seperti saya. Mungkin hati mereka tertanya-tanya "bolehkah uncle dan auntie ni bertahan lapan hari berjalan dan mendaki gunung di Yunnan?" Hahaha.
2. Breathless In Baishuitai White Water Terraces
Saya tak tau macam mana nak explain tempat ni. Ia menyerupai mineral water terraces di Pamukkale di Turkiye, cuma ia terletak di aras 2300 m, lebih tinggi dari Gunung Tahan.
Untuk melihat water terraces ini, kami terpaksa mendaki bukit, samada dengan kuda atau menaiki tangga. Keluaraga En Jaludin dan Khairul semuanaya menaiki kuda. Azah dan Umar saya tak pasti, mungkin berkuda juga. Isteri saya dan Aeshah terus surrender dan memilih untuk tinggal di bawah.
Saya memilih untuk mendaki melalui tangga yang sangat tinggi. Saya rasa lebih tinggi dari batu Caves. Saya lihat ada beberapa orang lain yang menaiki tangga, kebanyakannya sama umur dengan Diana, cucu sulung saya.
Jujur saya katakan mulanya saya agak takut. Dengan umur saya dan jantung saya yang sedikit tersumbat, bolehkah saya sampai ke puncak untuk melihat water terraces? Bagaimana kalau tiba-tiba saya sesak nafas? Di manakah hospital terdekat?
Tetapi setelah separuh jalan, saya bertambah yakin, terasa sedikit sesak atau breathless tetapi nafas kembali normal bila saya berhenti, mata saya tidak kabur, dan saya masih boleh membaca dan faham message ringkas dari isteri saya " Awak ok ke". Saya sengaja tak respond, supaya dia terus cemas dan tertanya-tanya.
Saya kagum dengan sistem komunikasi negeri China. Di antara bukit-bukau dan hutan belantara begini pun saya masih boleh menerima message dari isteri saya dengan jelas. Setiap kali saya ke rumah anak saya di Setia Alam, saya akan kehilangan data.
Akhirnya saya sampai di puncak dan melihat sendiri water terraces dan pemandangan sekeliling yang indah menawan. Lega hati saya bila berjumpa dengan sahabat-sahabat dan tour leader Nini dan Luna. Rupanya Nini dan Luna juga menaiki tangga. Mereka nampak gembira dan excited melihat saya, mungkin tidak menyangka saya masih boleh berdiri dan bercakap. Hahaha.
3. Glacier Park, Jade Dragon Snow Mountain
Ya, typical Chinese name, panjang dan mouthful.
Jade Dragon Snow Mountain merupakan kemuncak kembara Yunnan, literally dan figuratively. Tidak sempurna lawatan ke Yunnan kalau tidak sampai ke tempat ini.
Puncak gunung ini agak intimidating. Ianya terletak di aras 4507 m, lebih tinggi dari Gunung Kinabalu (4097 m). Kita akan berdepan dengan udara yang nipis, dan digalakkan menyedut oxygen dari balang oxygen yang dibawa bersama. Kita mesti bersedia physically dan mentally. Saya rasa lebih confident setelah berjaya mendaki beratus-ratus anak tangga semalam.
Cabaran bermula bila kami terpaksa bergerak dari hotel jam 5.30 pagi menuju Jade Dragon Snow Mountain. On the way kami singgah untuk mengambil balang oxygen. Kami tiba di kawasan bawah Jade Dragon Snow Mountain kira-kira jam tujuh, dan ianya telah pun sesak dengan anak muda yang bising dan high-spirited. Mungkin saya orang yang paling tua di sini.
Berdebar juga saya menunggu cable car untuk naik ke Glacier Park, iaitu puncak Dragon Jade Snow Mountain. Sebenarnya saya ada penyakit fear of heights, tetapi tidak chronic. Tinggi saja masih ok. Tapi ini tinggi dan tanpa oxygen, bolehkah saya bertahan?
Seakan terdengar hati nurani saya berbisik "Menyesal aku datang ke sini". Man, it's too late now. Cable car datang menjelma dan kami diarah masuk, my stomach sank, no turning back now. Saya dan isteri melompat masuk dan kami duduk rapat sehingga terdengar degupan jantung isteri saya.
Dalam cable car saya perhatikan isteri saya tak berhenti-henti menyedut oxygen dari balang tu. Saya remind dia supaya tidak terlalu ghairah menyedut oxygen. Terlebih oxygen pun ada adverse effects.
Akhirnya kami sampai di puncak (Glacier Park) yang penuh sesak dengan pelancong. Terasa lega yang amat sangat. Hujan rintik-rintik tetapi kami telah bersedia dengan rain coats. Cuacanya tidak terlalu sejuk, mungkin kerana sekarang musim panas.
Sayangnya kabus tebal dan kami tidak dapat melihat sekeliling dengan jelas. Tetapi dapatlah kami merasa berada di aras yang lebih tinggi dari Gunung Kinabalu. Paru-paru dan jantung saya masih berfungsi. Kami survived.
4. Makan Yak Di Shangri La
Selama lapan hari di Yunnan, saya tidak pernah merasa lapar.
Sepanjang perjalanan kami telah dihidang dengan berbagai masakan atau cuisine Yunnan yang authentic. Dinner dan lunch bagi saya agak lavish, dengan sembilan course, tiga daripadanya sayur. Masakan Yunnan agak kering dan flat, tidak pedas, tidak spicy, dan tidak manis seperti kuzi Kelantan. Untuk pencinta sayur, makanan Yunnan is godsend. Sayurnya hijau, fresh dan tasty.
Saya bukanlah kaki makan, tetapi saya suka dengan pengalaman lunch dan dinner di Yunnan. Setiap kali waktu makan kita akan tertunggu-tunggu apakah menu kali ini. Pemilik restoran dan staff semuanya Islam dan mereka menyambut kami dengan girang. Untuk dinner di Shangri La kami telah dihidang dengan daging yak. Ya, binatang yang malas dan berbulu lebat tu. You can't get more authentic that this.
Oleh kerana group kami kecil, meja saya diduduki cuma ada enam orang. Saya dan Umar saja lelaki. Mungkin citarasa perempuan lebih discerning, atau mereka on strict diet, food intake mereka agak terkawal. Mereka lebih banyak membuat food review. Akibatnya, banyak left over. Mereka akan betul-betul makan hanya bila ada telur dadar.
5. Azan Di Masjid Chuxiong
One of the joys of travelling is stopping at mosques.
Di sepanjang perjalanan di Yunnan, kami telah singgah di masjid Dali, Lijiang, Chuxiong dan Kunming. Masjid di sini secara physical jauh berbeza dari masjid di Malaysia. Reka bentuknya 100% traditional Chinese, tanpa kubah dan menara tinggi. Kita tidak menyangka ianya sebuah masjid.
Saya sempat bersalaman dengan beberapa orang Imam dan jemaah di masjid-masjid ini. Sayang sekali kami tak dapat berbual-bual dan bercerita kerana kekangan bahasa. Kami hanya boleh tersenyum dan mengangguk sahaja, seperti itik dan ayam. Saya perhatikan tak ada seorang pun di antara mereka yang memakai kain pelekat.
Kami tiba di masjid Chuxiong sebelum waktu zohor dan sempat melihat bilal atau muazzinnya berdiri di luar masjid dan melaungkan azan, tanpa menggunakan mic. Ini kali pertama saya mendengar azan dari masjid di negeri China. Sila dengar video di atas.
Azannya agak mendatar, tanpa lagu merdu atau nada yang beralun seperti di Malaysia. Sebutan dan makhrajnya juga sedikit berbeza. Saya lihat jemaahnya tak sampai sepuluh orang.
Saya rasa azan kita lebih power, dan masjid di Malaysia juga lebih lively. Tapi kita jangan salah sangka. Islam telah lama bertapak di negeri China, 500 tahun lebih awal dari Malaysia. Saya pernah melawat sebuah masjid di Guangzhou yang dibina oleh Saad Abi Waqqas, sahabat Nabi dan panglima perang tersohor.
6. Lepak Di Lijiang Ancient City
Setiap bandar yang kami lawati di Yunnan kami dibawa melihat old quarter atau ancient city, yang merupakan tourist attraction utama. Semua ancient city hampir sama, dengan deretan bangunan dan structure purba dengan rekabentuk dan character China yang unique. Semuanya very well-preserved, walaupun toiletnya agak mencabar.
Tidak seperti di negeri-negeri Europe, tidak ada China Town di Yunnan atau di negeri China. Semua bandar di sini sememangnya China towns.
Ancient city di Lijiang saya rasa yang paling besar dan tercantik. Saya dan isteri lepak di sini sambil menikmati Cotti Coffe. Harganya cuma RM 6. Mengikut isteri saya, En Joludin sekeluarga masuk studio untuk bergambar dengan mengenakan costume. Yang lain-lain saya tidak pasti. Aeshah mungkin sedang gigih mencari kasut Skechers.
Tak sabar saya nak tengok gambar En Jaludin dan Pn Fatimah dengan costume mereka. Mungkinkah Puan Fatimah akan memperaga persalinan Puteri Hang Li Po? Tolong post ya.
7. Membeli Jade Di Pasar Malam Kunming
Entah apa yang telah merasuk isteri saya, dia teringin nak beli gelang jade. Inilah akibatnya bila terlebih oxygen.
Saya tidak begitu bersetuju dengan idea ni sebab kami kurang arif dengan selok belok jade - Harga, quality, corak, real atau fake etc. Kata Luna, ada jade yang boleh mencecah jutaan Yuan. Mana kami nak cari pitih sebanyak itu. Kami lebih selesa membeli emas di Kota Bharu sebab kami kenal para penjualnya. Lagi pun orang Kelantan semuanya friendly.
Kami singgah di beberapa kedai jade di kawasan Nanping Street, Kunmimg. Harga berbeza-beza walaupun nampaknya sama. Ada jade dari Africa, harga lebih murah. Ada yang mengandungi impurities, lain pula harganya. Warnanya berbagai, dari putih jernih hinggalah ke hijau pekat.
Susah juga nak berkomunikasi. Kami terpaksa menggunakan calculator. Akhirnya kami pejam mata dan pilih satu berharga 800 Yuan, kata penjual tu harga asal 1300 Yuan. Nasib baik dia tak kata satu juta Yuan. Kami tawar sehingga 400 Yuan atau RM 240. Penjual tu menggeleng kepala tetapi akhirnya dia bersetuju, mungkin dia kesian atau suka dengan kami. Untung juga jadi senior citizen.
Masa dinner saya nampak Aeshah memegang erat beg berisi kasut Skechers. Akhirnya dapat juga dia membeli kasut yang diidam-idamkan.
![]() |
8. Sampai Jumpa Lagi
Akhirnya tiba juga tarikh 31 July, hari di mana kami harus pulang meninggalkan Yunnan. Mengikut Nini, kami boleh saja terus tinggal di Yunnan, tetapi IBC tak akan tanggung hotel dan makan kami lagi. Terima kasih, Nini Hahaha.
Selepas dinner di kota Kunming, kami bertolak ke airport dan tiba selepas setengah jam perjalanan. Airport yang sunyi sepi tiba-tiba menjadi gegak gempita bila group kami muncul dan bergelak ketawa sewaktu menuggu di check-in counter, dengan beg masing-masing bertambah berat. Saya agak beg Jasfin lebih berat dari Jasfin.
Turut menunggu ialah seorang wanita Cina dari Malaysia bernama Grace. Dia datang ke Yunnan bersama suaminya untuk melancong, tetapi secara DIY. Suaminya tidak pulang bersamanya kerana ada urusan di Shanghai.
Apa yang menarik, kedua-dua Grace dan suaminya sedikit lebih tua dari saya. Seperti saya dan isteri, mereka sering travel berdua secara DIY. Mereka suka hiking just to stay fit, tidak seperti saya dan isteri yang hanya suka scroll untuk melihat message.
Apa yang lebih menarik dan mengejutkan, Grace dan suaminya telah menempah tiket online melalui Trip.com untuk menaiki cable car ke puncak Jade Dragon Snow Mountain. Bila mereka tiba di stesen cable car, tiket mereka telah dibatalkan oleh local agent kerana mereka terlebih umur.
Termenung saya sejenak. Jika saya datang secara DIY seperti rancangan asal, mungkin saya juga menerima nasib yang sama, dan tidak dibenarkan naik ke puncak Jade Dragon Snow Mountain. Terima kasih Nini dan Luna kerana percaya saya dan isteri masih mampu naik ke puncak gunung ini.
Kami berlepas dari pulang dari Kunming jam 2.30 pagi 1 August dengan Batik Air Flight OD 671.
Banyak lagi tempat-tempat atau pengalaman lain yang kami lalui, seperti Santorini di Dali, Tiger Leaping Gorge, Naigu Stone Forest, Blue Moon Valley dan Lijiang Impression Show. Kalau saya tulis dan ceritakan semuanya, nanti ada yang tak nak ikut IBC ke Yunnan, cukup baca apa yang saya tulis saja. Hahaha.
Apa yang saya tulis dan catatkan di sini hanyalah detik-detik dan pengalaman yang bermakna dan memorable bagi saya di sepanjang perjalanan. Sahabat-sahabat yang bersama dalam group mungkin pulang dengan kenangan atau perspektif mereka sendiri dan berbeza walaupun itinerary kami sama.
En Jaludin mungkin masih bermimpi harimau yang menerkam di Tiger Leaping Gorge, Khairul dan Aiman pasti ingin mengulangi detik manis bersama mendaki hutan batu yang menakutkan, Azah dan Umar mungkin masih leka dibuai vibes Santorini di Dali, dan Aeshah pasti terusik jiwanya setiap kali dia menyarung kasut Skechersnya. Isteri saya? Dia masih tidak dapat melupakan pelakon Lijiang Impression tu.
Apa pun, saya harap anda semua tersenyum dan gembira bila membaca apa yang saya tulis ini.
Oh hampir terlupa. I want to thank Nini dan Luna yang bertungkus lumus menjaga kami dan membenarkan toilet stops yang agak kerap di sepanjang jalan. Tanpa kesabaran dan kasih sayang mereka, perjalanan kami mungkin tidak seindah dan semeriah yang kami alami. Puisi Tibet yang Luna bacakan dalam bas is very touching.
![]() |
| Berduaan Di Blue Moon Valley |
![]() |
| Where's The Tiger? We're Ready. |
![]() |
| Semua Happy Sebelum Makan Daging Yak |
![]() |
| Tigers Leaping And Tigers Sleeping |
![]() |
| Percaya Tak, Ini Masjid |
![]() |
| Penat Saja Naik, Bah, Tak Ada Oyster |
![]() |
| Scary Stone Forest. Tapi Aiman Tak takut. |
![]() |
| I Love What? |
![]() |
| Nini, Why No Skechers Here? |
![]() |
| Jangan Tinggal Daku |
![]() |
| Letih Banyak Kali Pegang Kain Ni |
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)



.jpeg)



.jpeg)

.jpeg)




.jpeg)















.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
